Kreativiti Membuat Bunga (Stem)
24 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2024, NADI Batas Lintang telah mengadakan Kreativiti Membuat Bunga sambil mengenali warna yang diadakan di Tadika Al-Islahiyah. Turut terlibat bersama ialah NADI Padang Besar Selatan dan NADI Tambun tulang bagi menjayakan aktiviti tersebut. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah kreativiti kanak – kanak dalam membuat bunga menggunakan kertas warna yang di potong bulat supaya boleh dijadikan kelopak. Selain itu, kanak – kanak juga boleh belajar mengenal warna sambil mengira kelopak bunga yang mereka tampal di atas kertas A4. Antara bahan yang diperlukan untuk aktiviti tersebut ialah kertas A4 berwarna, kertas A4 putih, gam dan pensil untuk melukis dahan atau ranting. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: